Feb 14, 2007

16:125 dan fasilitator

Buka kitab di kelas da'wah. Ayat di atas memberitahu bagaimana cara nak berdakwah. Wah, Islam sangat advance, kan? Saya teruja.

Walau di kelas kaunseling pun ada teori-teori seakan itu, namun ia datang dari Barat. Islam dah lama pun katakan konsep-konsep tersebut.

Kata Allah, nak berdakwah kena berhikmah, dengan sikap yang berlemah lembut dan dengan perbahasan yang beretika. Tak boleh semberono, tak boleh tengking-tengking apatah lagi menyatakan orang lain seratus peratus salah.
-----------------------

Menjadi seorang fasilitator. Saya percaya setiap orang ada potensi, dan perlu disedarkan tentang itu. Sebab, sosial dunia dah terlalu punah ranah akibat ketandusan ilmu mengenal diri.

Mereka yang tak kenal diri, takkan tahu bagaimana diri mereka berguna sebagai anggota masyarakat yang baik. Tu yang banyak sangat kerosakan dan salah laku di dunia kita.

Bila ada orang tanya mengapa saya suka jadi fasilitator? Saya cakap saya nak berdakwah cara saya. Orang tu senyum aja. [Macam kambing kut..hehe]

Ada orang kata kerja fasilitator ni mudah aja. Modalnya air liur. Yakah? Aaa, saya setuju. Sangat setuju jika niatnya nak habiskan air liur, dapat ganjaran dan tido nyenyak lena di rumah.

Tak, kerja fasilitator tak mudah macam tu sekali. Ia perlu ada skil. Dan skil perlukan ilmu dan latihan. Itulah yang akan menghasilkan pengalaman buat kami, para fasilitator.

Saya lihat fasilitator sebagai seorang pendakwah. Motifnya kepada "amar makruf dan nahyul mungkar" [seru kebaikan, halang kemungkaran] Dan, bila saya lihat setiap orang itu berbeza serta berlainan potensi, saya kena akrab dengan ayat 16:125

Kenal peserta, lain-lain metodnya dan di akhir program saya mahu pastikan yang mereka pulang dengan keyakinan. Yakin bahawa mereka adalah manusia yang sangat unik dan berpotensi. Mereka itu bakal mencapai setiap impian dan bisa kerja sebagai satu kumpulan.

Mereka juga akan menjadi orang yang bertanggungjawab, sekurangnya pada diri sendiri dan kepada keluarga:)
-----------------------

Indah pengalaman sebegini. Takkan terlupakan pada adik-adik yang pernah berprogram dengan saya. Bertuahnya jika sedikit ilmu dan keyakinan yang kami kongsi bisa melahirkan anak-anak soleh dan solehah.

Saya belajar banyak dalam dunia fasilitator. Mengenal diri, hormat orang lain dan tugas sebagai seorang pendakwah. Sebagai kelansungan menjadi khalifah Tuhan yang perlu sentiasa bersyukur dan berkongsi rahmat dan nikmatNya bersama semua :)

Biar saya bukan yang pakar, tapi atas inisiatif inilah, saya doakan semuanya menjadi manusia yang bahagia

No comments: